sebelum aku memulakan menaip sparuh lagi asaimen yang perlu dihantar esok, aku ingin bertinta di sini..
kurang sebulan lagi aku akan menghabiskan sisa2 di USM, untuk menyambung Master di sini, mungkin bukan impian aku...esok adalah hari terakhir aku menghabiskan pengajian ku selama 3 tahun stgh dan aku rasa ingin menangis sayu dengan perih jerih yang aku lalui di sini, tatkala aku seorang mahupun berdua..
Alhamdulillah, bakal menamatkan trimester pertama kehamilan dengan jayanya. tidak terlalu jaya dengan bebanan kerja di USM, dengan assignments, dengan tests, dengan research proposal dan juga pementasan drama akhir yang akan berlaku esok...yang paling utama, dengan morning sickness tanpa henti sehingga hari ini terutamanya di malam hari..ya Allah permudahkanlah segala2nya yang sedang berlaku ini..
keterujaan untuk menjadi mama meluap2 meskipun aku kadangkala agak penat dengan hendak membawa diri sendiri, berjalan ke kelas dan kepenatan menaiki bas. apapun syukur, masih dalam keadaan baik dan harapnya baby sentiasa memahami kepenatan mama di sini. mudah2an semuanya baik2 sahaja...insyaAllah...
harus segera menyiapkan assignmentku....dan aku boleh tidur dengan lena hari ni...bye